Pages

Monday, 25 July 2011

CiRi-CiRi AnAk SoLeH dAn SoLeHaH

1.Mempunyai iman dan aqidah yang sempurna.

2.Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah subhanahuata'ala )
cth : sentiasa menunaikan solat,puasa, membelanja wang 

        ke jalan Allah,berpakaian secara Islam,bergaul secara
        Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman 
        dari yang halal.

3.Menghormati Ibubapa,guru, orang tua,jiran 
   & kawan.


4.Rajin beribadat kepada Allah subhanahuata'ala dan 
   berdoa kepada-Nya.


5.Mempunyai kesedaran dan tanggugjawab 
   beragama.

6.Sentiasa berdoa kepada ibubapa samada yang 

   masih hidup atau telah meninggal dunia.


7.Memiliki akhlak dan moral yang baik.


8.Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam 
   pekerjaan/pembelajaran dan memiliki sifat 
   tidak putus asa.

9.Berusaha dan bertawakal kepada Allah  subhanahuata'ala .


10.Ikhlas,yakni melatih diri melakukan sesuatu
 tugas dengan ikhlas kerana Allah subhanahuata'ala.

Tuesday, 19 July 2011

aDaB-AdAB bErKaWaN

Apabila berkawan, diri sendiri dan kawan 
harus mempunyai tanggungjawab serta adabnya sendiri. Antaranya ialah :-
1.) Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. 
2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik.




3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat 
4. Perkara sensitif


5. Pandai menyimpan rahsia


6. Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya.


7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat.


8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui.
9. Menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat. 

10. Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. 
11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok kita mendiamkan diri.
12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita seperti kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. 



Sabda Rasulullah s.a.w. : “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran”.

Tuesday, 12 July 2011

aDaB-AdAb BeRjirAn

Takrif jiran membawa maksud orang yang tinggal berdekatan dengan kita sama ada di sebelah, depan,mahupun di belakang rumah kita. Apabila kita tinggal berjiran dengan orang lain, kita seharusnya menanamkan semangat berjiran itu bukanlah sebaliknya. Antara adab-adab berjiran adalah:-

1) Menghormati jiran dan berbuat baik kepada mereka. Biarpun jiran kita itu adalah bukan Islam, kita masih dituntut supaya menjaga perhubungan kita dengan mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. “Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia menghormati tetangganya.” Dan di dalam riwayat lain disebutkan, “Hendaklah ia berbuat baik terhadap tetangganya.” (متفق علية ) 

2) Sekiranya mereka pergi atau meninggalkan rumah mereka, peliharalah harta mereka daripada orang-orang yang berbuat jahat contohnya orang yang nak mencuri, simbah minyak ke atau merompak. Sebab, sekiranya kita tak nak bantu mereka dan berlaku sesuatu kepada rumah mereka, tak kan la kita tak kasihankan mereka. Cuba kita fikir, perjalanan hidup kita ini segalanya di atur oleh Yang Maha Kuasa. Kalau suatu hari nanti kita akan lalui perkara yang sama, tak mustahil mereka pun akan balas apa yang kita dah kita lakukan.

3) Hidup berjiran mestilah berbaik-baik. Janganlah menimbulkan masalah yang boleh mengganggu jiran contohnya buat bising tengah malam ke, membuang sisa makanan ke rumah mereka atau mengambil tanaman mereka tanpa izin. Islam tidak menggalakkan umatnya berbalah malah menuntut supaya kita bermualah dengan baik. Rasulullah bersabda: “Demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman! Nabi ditanya, “Siapa wahai Rasulullah? Nabi menjawab: “Iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman kerana perbuatannya.” ( متفق عليه )

4) Bersedekahlah sesama kamu. Misalnya, di bulan Ramadhan. Kita sesama jiran bertukar2 makanan. Sama-sama mendapat pahala dari Allah s.w.t. Rasulullha s.a.w. bersabda: “Wahai Abu Dzarr, apabila kamu memasak sayur (daging kuah), maka perbanyaklah airnya dan berilah tetanggamu.” (Hadis Riwayat Muslim)

5) Apabila kita hidup berjiran, kita bersukacita dengan kebahagiaan mereka, dan apabila mereka dalam kesusahan, kita juga berdukacita akannya. Lawat dan jenguklah mereka jika mereka sakit.

6) Ikhlas dalam diri sangat penting. Begitu juga apabila dalam melakukan perhubungan sesama manusia. Ikhlaslah dalam segala apa yang kita lakukan. Misalnya, tolong-menolong antara kamu dengan ikhlas tanpa meminta balasan. Sebagaimana Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa.” (Al-Maidah:2)

7) Sekiranya kita tidak senang dengan tingkah laku jiran kita, maka bersabarlah. Sesungguhnya Allah amat sukakan orang yang bersabar. Rasulullah pernah bersabda: “Ada tiga kelompok manusia yang dicintai Allah..disebutkan di antaranya ialah seseorang yang mempunyai tetangga, ia selalu disakiti (diganggu) oleh tetangganya, namun ia sabar atas gangguannya itu hungga keduanya dipisah oleh kematian atau keberangkatannya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan disahihkan oleh Al-Albani)

Sunday, 26 June 2011

APA ITU SOLAT ?

 



Perkataan "Solat" beerti DOA dan menurut istilah syarak, solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri salam dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum melakukan ibadat solat, seseorang itu mestilah terlebih dahulu menyucikan diri daripada hadas dan najis. Sekiranya ibadat solat itu dilakukan dalam keadaan dirinya kotor, maka amalan tersebut tidak sah. Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.
  • Solat Asar sebanyak 4 rakaat
  • Solat Maghrib sebanyak 3 rakaat
  • Solat Isyak sebanyak 4 rakaat
  • Solat Subuh sebanyak 2 rakaat
  • Solat Zohor sebanyak 4 rakaat
HUKUM BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

  • Orang yang meninggalkan solat boleh mendedahkan diri kepada kekufuran kerana meninggalkan Rukun Islam.
  • Orang yang mengingkari kewajiban solat adalah kufur kecuali dia baru menganut agama Islam sedangkan dia belum mengetahui hukum wajibnya.
  • Bagi yang meninggalkan dengan sebab segan atau malas tetapi mengakui kewajiban solat, terdapat dua pendapat mengenai perkara ini :
  • a) Menurut Abu Hanifah ; Tidak menjadi kafir tetapi boleh dikenakan hukum   takzir serta dipenjarakan sehingga dia kembali solat.Orang yang    meninggalkan solat dengan sengaja ini termasuk dalam orang yang berdosa.
  • b) Menurut Saidina Ali dan Imam Ahmad Hambal ;Orang yang     meninggalkan solat dengan sengaja hukumnya kafir kerana mengingkari perintah Allah
  • Kesimpulannya : Orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja adalah fasik, kerana telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.
DALIL YANG MEWAJIBKAN SOLAT

Firman Alah s.w.t yang bermaksud :
1] ... maka dirikanlan solat. Sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang mukmin. (an-Nisa ... 103).

 Hadis Rasulullah s.a.w :

2] Solat itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya, dia akan menegakkan agamanya. Sesiapa yang meninggalkannya, dia akan meruntuhkan agamanya.
( Riwayat Baihaqi ).


3] Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya bila berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah  mereka di tempat tidur. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Al - Hakim).

SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT
  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
WAKTU YANG DIMAKRUHKAN SOLAT TANPA SEBAB-SEBAB TERTENTU
  • Selepas solat subuh sehingga matahari naik.
  • Ketika matahari naik dengan kadar segalah
  • Ketika matahari berada tegak di atas kepala.
  • Selepas solat asar sehingga matahari jatuh.
  • Ketika matahari terbenam.

PERBEZAAN ANTARA LELAKI DENGAN PEREMPUAN KETIKA SOLAT
PERBUATAN
LELAKI
PEREMPUAN
Ketika takbir
Merenggangkan kedua-dua tangan daripada pangkal ketiak.
Merapatkan kedua-dua tangan daripada pangkal ketiak.
Ketika sujud
Kedua-dua paha hendaklah direnggangkan.
Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan.
Bacaan dalam solat
Boleh menyaringkan bacaan
Dilarang menyaringkan bacaan
Ketika imam terlupa
Boleh mengucapkan lafaz tasbih
Hanya sekadar menepuk tangan kiri.
Aurat
Antara atas pusat dengan bawah lutut yang wajib ditutup.
Seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan.

RUKUN SOLAT
  • Niat
  • Takbiratulihram
  • Berdiri betul bagi orang yang berkuasa
  • Membaca surah al - Fatihah
  • Rukuk serta tamakninah
  • Iktidal
  • Sujud
  • Duduk di antara dua sujud
  • Duduk tahiyyat akhir
  • Membaca tahiyyat akhir
  • Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
  • Salam pertama
  • Tertib
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
  • Meninggalkan salah satu daripada rukun solat.
  • Berkata-kata dengan sengaja.
  • Bergerak lebih daripada 3 kali berturut-turut.
  • Terkentut dan yang sewaktu dengannya.
  • Terdapat najis pada badan dan pakaian.
  • Aurat terbuka.
  • Mengubah niat solat.
  • Membelakangkan kiblat.
  • Makan walaupun sedikit.
  • Minum
  • Ketawa
  • Murtad

Tuesday, 14 June 2011

ilmu itu pelita hidup


Cuba kita bayangkan apabila waktu malam tidak bertukar siang? Mungkin bagi orang yang cacat seperti orang buta sudah biasa dengan keadaan ini tetapi bagi golongan yang normal , adalah satu yang agak sukar untuk kita meneruskan kehidupan dalam kegelapan yang berterusan. Begitu juga halnya dengan ilmu. Ilmu umpama pelita hidup yang sentiasa menerangi manusia kerana tanpa ilmu gelaplah hidup seseorang itu. Seseorang itu boleh menuntut ilmu di mana sahaja tanpa mengira tempat serta masa. terdapat banyak cabang untuk menuntut ilmu antaranya ilmu agama, ilmu psikologi, ilmu sains, ilmu bahasa dan pelbagai lagi.
Tidak kira usia, pangkat, jantina serta kedudukan yang ada, menuntut ilmu adalah penting untuk diri individu itu sendiri. Ada yang sudah berumur, tetapi masih mahu meneruskan pengajian di peringkat tinggi kerana golongan seperti ini sudah lama menyedari akan kepentingan menuntut ilmu. Ilmu juga boleh diperolehi melalui pengalaman seseorang sama ada pengalaman dalam melalui liku-liku kehidupan ataupun pengalaman bekerja.

Munurut ajaran Islam, menuntut ilmu merupakan satu ibadat dan jika seseorang itu menuntut ilmu yang baik disisi agama, maka Allah swt akan memberikan ganjaran kepada orang tersebut. ilu juga merupakan penggererak utama seseorang untuk meneruskan kehidupan.

Thursday, 2 June 2011


Adab-adab menuntut ilmu agama


Adab Menuntut Ilmu Agama
Adab-adab dalam menuntut ilmu yang harus kita ketahui agar ilmu yang kita tuntut berfaedah bagi kita dan orang yang ada di sekitar kita sangatlah banyak. Adab-adab tersebut di antaranya adalah:-

Ikhlas dalam menuntut ilmu.
Sepertimana amalan-amalan yang lain, langkah yang pertama adalah keikhlasan diri. Langkah ini merupakan faktor yang amat penting sehinggakan Rasulullah telah memberi amaran: Maksud hadis riwayat Ibn Hibban

Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”

Oleh kerana itu dalam sebuah hadis yang lain, baginda mengingatkan: Maksud hadis riwayat Ibn Hibban

“Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama’, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya.”

Sesiapa yang memiliki niat dan tujuan yang betul sepertimana di atas, dia tidak sekali-kali akan terkalah dengan pelbagai cubaan dan fitnah yang mungkin dihadapinya dalam rangka memahami agama Islam.


Positif dan Yakin kepada diri sendiri
Sikap yang positif dan keyakinan diri adalah faktor yang penting untuk mencapai sesuatu tujuan. Faktor ini tidak terpisah bagi sesiapa yang ingin memahami agama yang dicintai ini. Bahkan ketahuilah bahawa sesiapa yang berusaha dengan ikhlas untuk tujuan ini, maka Allah akan membimbingnya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
[al-Ankabut, ayat 69]

“Pimpinan” Allah boleh wujud dalam pelbagai bentuk, seperti dipertemukan dengan guru yang benar, ditunjuki kepada buku daripada penulis yang jujur, dipersahabatkan dengan orang-orang yang shalih, dibimbing kepada subjek-subjek yang mengikut tertib kepentingannya dan ditanam dalam dirinya akhlak yang mulia apabila berinteraksi dengan ilmu agama. Oleh itu janganlah merasa ragu-ragu atau rendah diri untuk berusaha memahami agama Islam. Yakinilah bahawa Allah akan memimpinnya selagi mana dia ikhlas dan bersungguh-sungguh.


Bersiap sedia untuk melakukan pengorbanan.
Tidak ada jalan pintas (short cut) untuk memahami agama Islam, maka janganlah mengharapkan kefahaman dalam agama secara serta merta atau melalui jalan yang mudah. Sebaliknya hendaklah bersiap sedia untuk melakukan banyak pengorbanan dari sudut tenaga, masa, kewangan dan kehidupan. Proses menuntut ilmu sememangnya memerlukan banyak pengorbanan dan hal ini diketahui oleh Rasulullah. Oleh itu baginda menjanjikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang melakukan pengorbanan tersebut dengan bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”
[Riwayat Muslim dalam Shahihnya (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi), hadis no: 2699].

Pengorbanan dari sudut tenaga dan masa adalah berusaha untuk ke kelas-kelas pengajian agama sekalipun kesibukan atau keletihan dengan kuliah di universiti atau kerja di pejabat. Pengorbanan kewangan adalah membelanjakan wang ringgit untuk membeli buku-buku agama yang berkualiti. Ini adalah pengorbanan yang tidak boleh ditinggalkan, dimana setiap yang ingin memahami agama Islam perlu mencintai buku dan berusaha membina koleksi buku-buku agama atau perpustakaan peribadi yang tersendiri.



Tidak mengenal titik noktah
Semua orang yang melazimkan diri berinteraksi dengan ilmu akan mengetahui bahawa ia sentiasa dinamik tanpa mengenal titik noktah. Maka demikianlah juga seharusnya sikap setiap ikhwah dan akhawat yang ingin mencari kefahaman agama. Tidak boleh berkata “Saya sudah habis belajar agama” atau “Saya sudah faham Islam”. Sebaliknya hendaklah sentiasa mengkaji dan menganalisa kerana ilmu agama juga adalah sentiasa dinamik. Bak kata pepatah:

“Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”

Kalau kita teliti orang orang yg senior dalam dakwah, mengikuti usrah sejak dari universiti sampai ke akhir hayat. Kenapa?. Cukupakah ilmu yag anda di dalam diri kita , hanya sekadar 4 tahun pengajian di university.?. habis sahaja university dh tak perlu ikut usrah ker?. Tepuk dada Tanya iman anda


Mengamalkan ilmu
Usaha untuk memahami agama Islam bukanlah sekadar kuliah shj, akan tetapi ia adalah untuk diamalkan. Ilmu tanpa amalan adalah sesuatu yang dibenci oleh Allah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.”
[al-Saff, ayat 2-3]
Sebaliknya orang yang mengamalkan ilmunya akan ditambahi oleh Allah dengan ilmu dalam pelbagai bentuk. Orang yang berusaha memahami agama Islam akan meningkat keimanannya dan iman itu sendiri adalah apa yang dibuktikan dengan hati, lidah dan perbuatan. Keimanan seperti ini akan ditambahi oleh Allah dengan hidayah-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“……sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah.” [Maksud surah al-Kahf, ayat 13]
Orang yang mengamalkan ilmu juga bererti mengamalkan hidayah yang Allah kurniakan kepadanya, meningkatkan ketaqwaannya, maka dengan itu Allah akan mengurniakan kepadanya al-Furqan yang membolehkan dia membezakan antara yang benar dan batil. Allah akan juga menambahi Rahmat-Nya dan memberikannya cahaya untuk terus berada di atas jalan yang benar. Perhatikan dua firman Allah berikut yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (al-Furqan) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.” [al-Anfal, ayat 29]


Berhubung dengan orang yang berhubung dengan ilmu.

Siapa kita berhubung, siapa kita berkawan, memiliki pengaruh yang besar kepada perwatakan diri kita sendiri. Rasulullah pernah mengingatkan, maksudnya:
“Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi) atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya (bau besi).”
[Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2628].
Oleh itu sesiapa yang berusaha untuk memahami agama Islam hendaklah sentiasa berhubung dengan orang-orang yang perhubungannya sentiasa bersama ilmu. Mereka adalah orang-orang yang perhatiannya sentiasa kepada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, usahanya sentiasa kepada mengkaji kitab-kitab peninggalan para ulama’ dan pemikirannya sentiasa ke arah memperbaiki keadaan umat Islam dan menjaga kemurnian agama Islam.

Berdoa Kepada Allah
Setiap usaha perlu diikuti dengan doa dan usaha untuk memahami agama Islam tidak terpisah daripada adab ini. Maka hendaklah berdoa kepada Allah dan sebaik-baik doa adalah apa yang diajar oleh Allah dan Rasul-Nya. Antaranya:

“Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”  [Maksud surah al-Fatihah, ayat 6-7]

“Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku”. [Ta-Ha, ayat 114]

“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.”
[al-Kahf, ayat 10]

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.”
[Ali Imran, ayat 8]

“Ya Allah, Tuhan Malaikat Jibril, Mikail dan Israfil, Tuhan pencipta langit dan bumi, Tuhan yang Maha Mengetahui semua yang ghaib dan nyata. Engkaulah yang akan menghakimi para hamba-Mu mengenai apa sahaja yang mereka perselisihkan. Dengan izin-Mu berilah aku petunjuk memilih kebenaran dari apa yang mereka perselisihkan. Engkaulah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus.” [Shahih Muslim, hadis no: 77].